Pages

Saturday, 10 February 2018

Garam Buluh

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini,saya akan menceritakan mengenai bahan yang terkandung yang menjadi tunjang utama kelebihan kepada Kopi Pemikir.Bahan utama yang dimaksudkan adalah Garam Buluh.


Mesti ramai yang tertanya,apa itu Garam Buluh?Sebelum saya ceritakan mengenai Garam Buluh dan kelebihan yang dimiliki.Sudah semestinya kehidupan kita sudah sinonim dengan perkataan 'garam' ,namun tidak ramai yang mengenali garam dengan lebih dekat.

Garam atau didalam istilah sains disebut Natrium Klorida merupakan satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel.Garam sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan.Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW dan penawar bagi sebahagian penyakit.


“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.



Nabi SAW turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.


Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah SAW pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.



Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”


Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.

Garam boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau jenis iaitu : -

Garam Biasa


1 ) Garam Biasa
Garam ini dijual di semua pasaraya. Ia diproses dengan cara pengkukusan pada suhu 140°C. Ia mengandungi kandungan NaCl (Natrium Klorida) atas 99.5% dan bahan kimia seperti anti-pembeku.

Garam Kosher


2 ) Garam Kosher
Ia adalah sama dengan garam biasa kecuali granul garam kosher adalah lebih besar dan kasar. Ia sering digunakan untuk penjerukan.

Garam Laut


3 ) Garam Laut
Garam laut adalah lebih kasar berbanding dengan garam biasa. Garam laut mempunyai banyak mineral yang garam biasa kurang seperti kalsium, kalium, magnesium dan iodine. Oleh sebab itu, ramai orang mengamalkan garam laut dan bukannya garam biasa.


Garam Hitam


4 ) Garam Hitam
Kebanyakan garam hitam terdapat di pasaran India. Ia mempunyai rasa sulfur yang ketara dan selalu digunakan dalam perubatan Ayurveda.


Garam Bukit


5 ) Garam Bukit
Digunakan terutamanya untuk menjeruk daging dan ikan. Pada zaman dahulu, ia adalah penting untuk membuat ais krim. Ia juga digunakan untuk mengelakkan lalu lintas daripada pengumpulan ais pada musim sejuk.


Garam Himalaya


6 ) Garam Himalaya
Sebenarnya adalah garam bukit dari Pakistan. Ia selalu digunakan pada produk mandi sebagai pelega alahan dan otot. Ia juga digunakan untuk membuat lampu garam sebagai pelega alahan semulajadi. Ramai orang percayai bahawa kristal lampu garam akan mengeluarkan ion negatif yang boleh menangkis alergen dari alam sekeliling.


Garam Epsom


7 ) Garam Epsom
Nama saintifik, Magnesium Sulfat. Digunakan terutamanya sebagai garam mandi untuk mengurangkan sakit otot. Selain itu, ia digunakan sebagai bahan dalam antasid dan julap dalam bidang farmasi. Ia juga digunakan sebagai agen menstabilkan irama denyutan jantung untuk pesakit serangan jantung; dan boleh melegakan serangan asma akut.


Garam Laut Mati


8 ) Garam Laut Mati
Garam laut yang diekstrak dari Laut Mati. Ia berlainan dengan garam biasa dan garam laut sebab ia mempunyai kandungan natrium klorida yang rendah. Garam ini digunakan terutamanya untuk tujuan mandi dan kecantikan. Menurut kajian sains, garam ini boleh merawat jerawat dan psoriasis secara berkesan kerana ia mengandungi kandungan magnesium yang tinggi, zat galian yang utama untuk mengurangkan keradangan. Selain itu, ia juga berkesan dalam merawat artritis dan melegakan tindak balas alahan.


Manakala Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.


Proses penghasilan Garam Buluh

Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.

Garam dimasukkan kedalam buluh

Siap dibakar, abu buluh yang tertinggal dibersihkan. Garam Buluh kemudiannya dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan dalam batang buluh baru dan ditutup dengan tanah liat merah untuk proses pembakaran seterusnya (proses pembakaran berulang boleh meningkatkan kandungan mineral yang baik dan menghapuskan logam berat).

Warna garam buluh dengan proses 6 kali bakar adalah putih-kelabu.
Apabila proses pembakaran berterusan hingga kali ke-9, Garam Buluh sembilan kali bakar berubah menjadi warna ungu dan mempunyai keberkesanan yang tertinggi. 

Saintis percaya perubahan warna adalah disebabkan oleh penyusunan semula molekul sulfur ke dalam bentuk heksagon. Kebijaksanaan kuno menunjukkan Garam Buluh Ungu dalam bentuk ini mempunyai jumlah tenaga bio aura yang tinggi untuk penyembuhan cara semulajadi.

Abu buluh yang tertinggal akan dibersihkan

Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


13 Kebaikan Garam Buluh Terbukti Secara Sains


Penyelidikan saintifik  mendedahkan bahawa garam buluh mempunyai banyak manfaat kesihatan:

1. Anti-alergi
2. Anti-kanser
3. Anti-obesiti / kurus badan
4. Rawatan pergigian
5. Anti-radang
6. Pencegahan jangkitan kuman Salmonella Entertidis
7. Rawatan dan pencegahan jangkitan candida yis
8. Pengurangan kesan sampingan kemoterapi
9. Penjagaan sel-sel telinga
10. Memperbaiki gastrik
11. Memperbaiki diabetes
12. Rawatan untuk artritis
13. Rawatan untuk sakit tekak



Sebenarnya, Garam Buluh berasal dari penawar tradisi masyarakat Korea semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Garam Buluh menjadi cara utama untuk mengekalkan kesihatan di kalangan penduduk Korea.

Garam Buluh berunsur alkali. Alkali baik untuk kesihatan dan mampu menuteralkan asid dan bahan kimia.


Wednesday, 7 February 2018

Pakej Khairat Kematian

بسم الله الرحمن الرحيم

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, “Aku tidaklah pernah melihat suatu yang yakin kecuali keyakinan akan kematian. Namun sangat disayangkan, sedikit yang mahu mempersiapkan diri menghadapinya.” (Tafsir Al Qurthubi)

Kematian adalah sesuatu yang pasti menimpa siapapun manusia di dunia, yang mukminnya ataupun yang munafik atau yang kafirnya, ulamanya ataupun kaum awamnya, lelaki ataupun perempuannya, yang mudanya ataupun yang tuanya, kaum kayaknya ataupun miskinnya, golongan pejabat ataupun rakyat jelatanya dan selainnya, nescaya mereka semuanya akan mengalami kematian. Hal tersebut sebagaimana yang telah banyak di alami oleh umat-umat terdahulu dan sekarang ini, dan juga pernah dialami oleh seorang sahabat dari golongan Ansar yang diuruskan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat RA, sebagaimana disaksikan dan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Barra’ bin ‘Azib RA.

“Kami keluar bersama Rasulullah SAW membawa jenazah seorang lelaki Ansar sehingga kami pun sampai di perkuburan. Sementara menunggu jenazah di masukkan ke dalam liang lahat, Rasulullah SAW pun duduk (mengadap kiblat) dan kami pun ikut duduk di sekeliling Baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor burung. Di tangan Baginda ada sebatang kayu yang dengannya Baginda menusuk-nusuk tanah. Baginda melihat ke langit kemudian menunduk ke tanah. Baginda memandang ke atas kemudian ke bawah sebanyak tiga kali. Kemudian Baginda bersabada:

“Berlindunglah dengan Allah daripada azab kubur” (sebanyak dua atau tiga kali).

Lalu Baginda berkata:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur” (tiga kali).

Kemudian Baginda bersabda:

“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hampir berakhir kehidupan dunianya dan bermulanya kehidupan akhiratnya, turunlah kepadanya malaikat-malaikat yang putih wajahnya bagaikan matahari. Mereka datang membawa kain kapan dari Syruga dan wangian mayat Syurga. Mereka kemudian duduk di depan orang itu sejauh mata memandang.Lalu datang Malaikat Maut AS dan duduk di kepalanya seraya berkata: “Wahai roh yang baik (dalam riwayat lain: jiwa yang tenang), keluarlah menuju keampunan dan keredaan Allah.

Lalu roh itu keluar mengalir bagaikan mengalirnya titisan air dari muncung bekas air dan Malaikat Maut pun mengambilnya.

Dalam riwayat lain: Sampai ketika roh itu keluar maka seluruh malaikat antara langit dan bumi dan seluruh malaikat di langit bersalawat kepadanya, dan dibuka buatnya pintu-pintu langit. Tidak ada penjaga pintu-pintu itu melainkan mereka berdoa kepada Allah agar roh itu naik dari arah (pintu) mereka.

Ketika dia (Malaikat Maut) mengambil roh itu, para malaikat yang lain tidak membiarkannya walaupun sekelip mata sehingga mereka mengambilnya dan meletakkannya dalam kain kapan serta wangian itu.

Itulah firman Allah:

“Dia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan mereka tidak lalai” (Al-Anaam, 61).

Dia keluar dari situ dalam keadaan bau aroma kasturi terharum yang ada di atas muka bumi. Mereka naik membawa roh itu dan setip kali mereka melewati sekumpulan malaikat, mereka akan berkata, “Roh siapakah yang baik ini?” Malaikat yang membawa menjawab, “Ini adalah Fulan bin Fulan”. Disebutkan namanya yang terbaik yang biasa dia dipanggil ketika di dunia. Sehingga mereka tiba di langit dunia dan mereka minta dibukakan pintu untuk roh yang mereka bawa. Pintu pun dibuka buat mereka. Roh itu akan diiringi oleh semua penghuni langit itu sehingga tiba di langit yang berikutnya, sehinggalah sampai ke langit tujuh. Maka Allah pun bertitah: “Tulislah kitab hamba-Ku ini dalam Illiyyin”.

“Tahukah kamu apakah itu Illiyyin? Ia kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh para malaikat pendamping” (Al-Mutaffifin, 19-21).

Maka ditulis kitabnya dalam Illiyyin dan dikatakan: Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka bahawa aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan mereka dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula.

Lalu dia dikembalikan ke bumi dan dimasukkan semula rohnya ke dalam jasadnya. Dia mendengar bunyi derapan kasut sahabat-sahabatnya tatkala mereka meninggalkan perkuburannya.

Setelah itu dua orang malaikat yang kasar bentakannya menyergah dan mendudukkannya seraya berkata, “Siapa tuhanmu?”

Dia menjawab, “Tuhanku Allah”.
Mereka bertanya lagi, “Apa agamamu?”
Dia menjawab, “Agamaku Islam”.
Mereka bertanya lagi, “Siapa orang yang diutus untuk kalian?”
Dia menjawab, “Dia adalah Rasulullah SAW”.
Tanya mereka lagi, “Apa amalanmu?” Jawabnya, “Aku membaca Kitab Allah, beriman dengannya dan membenarkannya.”

Mereka membentaknya dalam pertanyaan, “Siapa tuhanmu, apa agamamu, siapa nabimu?” Itu adalah fitnah (ujian) terakhir yang dihadapkan kepada seorang mukmin dan itulah yang difirmankan oleh Allah:

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia” (Ibrahim, 27).

Sehingga dia mampu menjawab, “Tuhanku Allah, agamaku Islam dan Nabiku Muhammad SAW.”

Lalu kedengaran suara panggilan dari langit yang berkata, “Hambaku ini telah berkata benar, maka bentangkan tilamnya daripada Syurga, pakaikan dia pakaian Syurga dan bukakan untuknya pintu menuju ke Syurga!” Sehingga dia dapat mencium keharuman bau Syurga dan diperluaskan kuburnya sejauh mata memandang.

Lalu datanglah seorang lelaki yang bagus wajahnya, bagus pakaiannya dan berbau harum yang berkata, “Bergembiralah dengan apa yang membuatmu senang. Inilah hari yang dijanjikan untukmu.”

Dia berkata kepadanya, “Kamu siapa? Wajahmu adalah wajah yang datang membawa kebaikan.”

Orang itu menjawab, “Aku adalah amal solehmu. Demi Allah, aku tidak mengetahui tentangmu kecuali engkau cepat melaksanakan perintah Allah dan lambat mengerjakan kemaksiatan terhadap Allah, maka Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Kemudian dibukakan buatnya salah satu pintu Syurga dan salah satu pintu Neraka, lalu dikatakan, “Ini adalah tempatmu kalau kamu bermaksiat terhapa Allah tetapi Allah telah menggantinya dengan yang ini.” Tatkala dia melihat apa yang ada di dalam Syurga dia berkata, “Tuhanku, percepatkanlah Hari Kiamat, agar aku dapat kembali kepada keluargaku dan hartaku.” Dikatakan kepadanya, “Bertenanglah.”

Rasulullah SAW selanjutnya berkata:

Sedangkan kalau yang mati itu adalah orang kafir, ketika hampir berakhir kehidupan dunianya dan bermulanya kehidupan akhiratnya, akan datang kepadanya malaikat-malaikat yang kasar lagi bengis. Mereka berwajah hitam dan mereka membawa bersama mereka pakaian daripada Neraka. Mereka duduk di hadapan orang kafir itu sejauh mata memandang. Lalu datanglah Malaikat Maut duduk di kepalanya dan berkata, “Wahai jiwa yang jelek, keluarlah menuju kemurkaan dan kebencian daripada Allah.

Lalu rohnya keluar dari jasad dan disentap umpama sabut yang berserat banyak daripada bulu domba yang basah sehingga banyak keringat dan urat-urat yang terputus bersamanya.

Dia lalu dilaknat oleh sekelian malaikat antara langit dan bumi dan setiap malaikat di langit. Pintu-pintu langit ditutup buatnya. Tidak ada pintu kecuali penjaganya akan berdoa kepada Allah agar roh itu tidak naik melewati mereka.

Ketika dia (Malaikat Maut) mengambil roh itu, para malaikat yang lain tidak membiarkannya walaupun sekelip mata sehingga mereka mengambilnya dan meletakkannya dalam pakaian neraka itu. Ketika itu keluar daripadanya bau bangkai paling busuk yang pernah ada di atas muka bumi. Mereka membawanya naik dan setiap kali mereka melewati sekumpulan malaikat mereka akan berkata, “Roh siapakah yang jelek ini?” Jawab mereka, “Fulan bin Fulan.” Disebutkan nama yang paling jelek yang pernah diberikan kepadanya ketika di dunia. Sampai akhirnya mereka tiba di langit dunia dan mereka minta dibukakan pintu untuk roh yang mereka bawa tetapi tidak diperkenankan.

Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah, yang ertinya:

“Tidak dibuka buat mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke dalam lubang jarum” (Al-A’raaf, 40).

Allah Azza wa Jalla kemudian bertitah, “Tulislah buku hambKu ini dalam Sijjin dalam perut bumi yang paling bawah!”

Kemudian dikatakan, “Kembalikan dia ke bumi, kerana Aku sudah berjanji kepada mereka bahawa aku menciptakan mereka daripadanya, kepadanya Aku kembalikan mereka dan daripadanya Aku akan bangkitkan mereka semula.”

Kemudian roh itu dilemparkan dari langit sampai menimpa tubuhnya. Kemudian Baginda membacakan firman Allah, yang ertinya:

“Barangsiapa menyukutukan sesuatu dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh” (Al-Hajj, 31).

Maka dikembalikan roh kepada jasadnya dan dia mendengar derapan kasut teman-temannya tatkala mereka berpaling meninggalkan perkuburannya.

Selanjutnya, dia didatangi dua malaikat yang keras bentakannya yang langsung membentak dan mendudukannya, lalu berkata, “Siapa Tuhanmu?”

Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu.”
Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?”
Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu.”
Malaikat bertanya lagi, “Apa pendapatmu tentang orang yang diutus kepada kalian ini?” Dia tidak dapat mengetahui namanya.
Maka dikatakan kepadanya: “Muhammad!”
Dia menjawab, “Aah..aah... aku tidak tahu. Aku hanya mendengar manusia mengatakan sesuatu lalu aku mengatakan hal yang sama.”
Lalu dikatakan, “Kamu memang tidak tahu dan tidak membaca.”

Setelah itu kedengaran panggilan dari langit yang mengatakan, “Dia berdusta! Bentangkan buatnya tilam dari neraka dan bukakan pintu neraka ke arahnya.” Maka ketika itu dia merasai kepanasan bahangnya dan disempitkan buatunya kuburnya sampai tulang sendinya bersilang-silang.

Kemudian datanglah kepadanya seorang lelaki yang buruk rupanya, berpakaian jelek dan berbau busuk. Dia berkata kepadanya, “Dengarlah khabar yang akan memburukkanmu, inilah hari yang dijanjikan untukmu.”

Dia berkata, “Siapa kamu?”

Orang itu menjawab, “Aku adalah amal burukmu. Demi Allah, aku tidak tahu kecuali engkau lambat dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah tetapi cepat dalam bermaksiat terhadap Allah. Maka Allah memberi ganjaran buruk kepadamu.

Kemudian didatangkan kepadanya orang yang bisu, tuli dan di tangannya cemeti besi! Sekiranya gunung dipukul dengannya nescaya ia akan hancur menjadi tanah. Orang itu lalu memukulnya dengan sebuah pukulan sampai dia menjadi tanah. Kemudian dia dikembalikan semula seperti sebelumnya dan dipukul lagi. Dia menjerit dengan jeritan yang akan didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu dibukakan buatnya pintu neraka dan dia pun berkata, “Tuhanku, jangan Engkau datangkan Hari Kiamat.”

(Riwayat Abu Daud, Al-Hakim dan Imam Ahmad. Hadis disahihkan oleh Imam Albani dan kitabnya Ahkaam Al-Janaa’iz, 198-202)



Bagi meringankan beban dalam pengurusan jenazah, pihak syarikat dengan kerjasama Pos Malaysia dan Etiqa Takaful melancarkan Pakej Khairat Kematian.

Terbuka kepada semua yang berusia 18 sehingga 69 tahun.Manfaat termasuk untuk pasangan serta anak (sehingga 3 orang) yang berusia dari 6 bulan sehingga 17 tahun dan boleh dituntut dimana-mana cawangan Pos Malaysia.




Dengan nilai RM150.00 anda layak menerima satu set produk keluaran syarikat beserta sijil khariat yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia.Bagi tujuan pendaftaran,anda boleh datang terus ke Pusat Pengedaran Kopi Pemikir yang terletak di Taman Sejati Indah (bersebelahan Happy Home).


Sebarang pertanyaan,sila hubungi 04 - 430 0269.




Selain itu,kepada yang menyertai Pakej Khairat Kematian akan dibekalkan dengan Kit Kifayah (Kit Pengurusan Jenazah) yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia.





Peralatan atau bahan yang terdapat dalam Kit Kifayah

1 ) Kain Kafan 3 helai (2.5 meter lerang 60 inci)
2 ) Kain Kemban 1 helai
3 ) Sarban / Tudung 1 helai
4 ) Baju / Gamis 1 helai
5 ) Kain Murung 6 set
6 ) Sarung Bantal / Sarung Tangan Kain 4 helai
7 ) Tali 5 helai
8 ) Kapas 2 gulung
9 ) Air Mawar
10 ) Akar Sintok
11 ) Putik Kapas 15 batang
12 ) Celak
13 ) Kapur Barus
14 ) Minyak Attar
15 ) Sabun
16 ) Serbuk Cendana / Pacai
17 ) Apron Plastik
18 ) Plastik Sampah
19 ) Sarung Tangan Getah 2 set
20 ) Topeng Muka 1 set