بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini,saya akan menceritakan mengenai bahan yang terkandung yang menjadi tunjang utama kelebihan kepada Kopi Pemikir.Bahan utama yang dimaksudkan adalah Garam Buluh.
Mesti ramai yang tertanya,apa itu Garam Buluh?Sebelum saya ceritakan mengenai Garam Buluh dan kelebihan yang dimiliki.Sudah semestinya kehidupan kita sudah sinonim dengan perkataan 'garam' ,namun tidak ramai yang mengenali garam dengan lebih dekat.
Garam atau didalam istilah sains disebut Natrium Klorida merupakan satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel.Garam sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan.Pengambilan garam berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, namun ramai yang tidak tahu garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah SAW dan penawar bagi sebahagian penyakit.
“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.
Nabi SAW turut mengamalkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian baginda. Setiap kali keluar mengembara, baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman. Tujuannya adalah bagi menstabilkan fungsi badan supaya serasi dengan persekitaran baru, dan meningkatkan daya imun tubuh.
Menurut hadis riwayat Al – Bazzar, Rasulullah SAW pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan.
Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”
Dalam Hadis riwayat Al – Bazzar juga turut menjelaskan tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.
Garam boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan atau jenis iaitu : -
![]() |
| Garam Biasa |
Garam ini dijual di semua pasaraya. Ia diproses dengan cara pengkukusan pada suhu 140°C. Ia mengandungi kandungan NaCl (Natrium Klorida) atas 99.5% dan bahan kimia seperti anti-pembeku.
![]() |
| Garam Kosher |
2 ) Garam Kosher
Ia adalah sama dengan garam biasa kecuali granul garam kosher adalah lebih besar dan kasar. Ia sering digunakan untuk penjerukan.![]() |
| Garam Laut |
3 ) Garam Laut
Garam laut adalah lebih kasar berbanding dengan garam biasa. Garam laut mempunyai banyak mineral yang garam biasa kurang seperti kalsium, kalium, magnesium dan iodine. Oleh sebab itu, ramai orang mengamalkan garam laut dan bukannya garam biasa.
4 ) Garam Hitam
Kebanyakan garam hitam terdapat di pasaran India. Ia mempunyai rasa sulfur yang ketara dan selalu digunakan dalam perubatan Ayurveda.
5 ) Garam Bukit
Digunakan terutamanya untuk menjeruk daging dan ikan. Pada zaman dahulu, ia adalah penting untuk membuat ais krim. Ia juga digunakan untuk mengelakkan lalu lintas daripada pengumpulan ais pada musim sejuk.
6 ) Garam Himalaya
Sebenarnya adalah garam bukit dari Pakistan. Ia selalu digunakan pada produk mandi sebagai pelega alahan dan otot. Ia juga digunakan untuk membuat lampu garam sebagai pelega alahan semulajadi. Ramai orang percayai bahawa kristal lampu garam akan mengeluarkan ion negatif yang boleh menangkis alergen dari alam sekeliling.
7 ) Garam Epsom
Nama saintifik, Magnesium Sulfat. Digunakan terutamanya sebagai garam mandi untuk mengurangkan sakit otot. Selain itu, ia digunakan sebagai bahan dalam antasid dan julap dalam bidang farmasi. Ia juga digunakan sebagai agen menstabilkan irama denyutan jantung untuk pesakit serangan jantung; dan boleh melegakan serangan asma akut.
8 ) Garam Laut Mati
Garam laut yang diekstrak dari Laut Mati. Ia berlainan dengan garam biasa dan garam laut sebab ia mempunyai kandungan natrium klorida yang rendah. Garam ini digunakan terutamanya untuk tujuan mandi dan kecantikan. Menurut kajian sains, garam ini boleh merawat jerawat dan psoriasis secara berkesan kerana ia mengandungi kandungan magnesium yang tinggi, zat galian yang utama untuk mengurangkan keradangan. Selain itu, ia juga berkesan dalam merawat artritis dan melegakan tindak balas alahan.
Manakala Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea.
Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk.
![]() |
| Garam dimasukkan kedalam buluh |
Siap dibakar, abu buluh yang tertinggal dibersihkan. Garam Buluh kemudiannya dikisar menjadi serbuk dan dimasukkan dalam batang buluh baru dan ditutup dengan tanah liat merah untuk proses pembakaran seterusnya (proses pembakaran berulang boleh meningkatkan kandungan mineral yang baik dan menghapuskan logam berat).
Warna garam buluh dengan proses 6 kali bakar adalah putih-kelabu.
Apabila proses pembakaran berterusan hingga kali ke-9, Garam Buluh sembilan kali bakar berubah menjadi warna ungu dan mempunyai keberkesanan yang tertinggi.
Saintis percaya perubahan warna adalah disebabkan oleh penyusunan semula molekul sulfur ke dalam bentuk heksagon. Kebijaksanaan kuno menunjukkan Garam Buluh Ungu dalam bentuk ini mempunyai jumlah tenaga bio aura yang tinggi untuk penyembuhan cara semulajadi.
![]() |
| Abu buluh yang tertinggal akan dibersihkan |
Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.
13 Kebaikan Garam Buluh Terbukti Secara Sains
Penyelidikan saintifik mendedahkan bahawa garam buluh mempunyai banyak manfaat kesihatan:
1. Anti-alergi
2. Anti-kanser
3. Anti-obesiti / kurus badan
4. Rawatan pergigian
5. Anti-radang
6. Pencegahan jangkitan kuman Salmonella Entertidis
7. Rawatan dan pencegahan jangkitan candida yis
8. Pengurangan kesan sampingan kemoterapi
9. Penjagaan sel-sel telinga
10. Memperbaiki gastrik
11. Memperbaiki diabetes
12. Rawatan untuk artritis
13. Rawatan untuk sakit tekak
Sebenarnya, Garam Buluh berasal dari penawar tradisi masyarakat Korea semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Garam Buluh menjadi cara utama untuk mengekalkan kesihatan di kalangan penduduk Korea.
Garam Buluh berunsur alkali. Alkali baik untuk kesihatan dan mampu menuteralkan asid dan bahan kimia.











No comments:
Post a Comment